saf

saf

Monday, November 9, 2009

Pra habis exam..........


Tarikh exam aku dah nak hAbis dah...n sem ni pun dah nak berlalu sudah..... sekajap jer rasenyeee....dah nak msuk sem 2 tahun 2 huhu...semakin banyak cabaran yg Akan ditempuh.....adushhh....errr.... nak cite ni...td aku exam pb ALAM.....bleh gk la jwb..tp x sempurna...erm...kwn2 kls aku sume awl kuar...pandainyee diorang..ish33... aku je tggl la sorang2 kt ats pentas yg gah tu...huhu....
Dan aku pun terus buat n buat.......sampai la pukul 6....hehehee...
ok kwn2 mga2 kte dapat resurt yg terbaek tuk subject ALAM, MANUSIA N BUDAYA nih ek...
gambate!!!

Saturday, November 7, 2009

BICARA HATIKU......

Dalam lesu

Kau masih tersenyum
Walaupun terlihat duka tangisanmu
Merindukan warna kedamaian
Menanti bahagia beraja di situ

Bilakah….
Kan berakhir kisah derita
Apakah... tiada penghujungnya
Manakah jawapannya

Laungkan tulus kasihmu seluruh alam
Hingga bisa menggegar bumi
Moga mereka terima utusan salam
Tanda kau masih di sini

Khabarkan kepada mereka
Masih ada cinta mewangi di sini
Dan khabarkan kepada dunia
Damai yang kau cari
Akan kau miliki
Pasti….

Wednesday, November 4, 2009


Nih gambar kelas mase jamuan RaYa aritu...huhu..bestt...kitorang wat kt kelas ka503...huhu...nanti buat lagi ek next raya ! wee~~

Najaha fil Imtihan...


Semakin ari semakin sikit paper final exam aku..sok subjek pb Arab..next pb Alam plak..adush..moga2 ok la n dapat jawab ngn baik sume subjek pb tuh...
Subjek lama dah ak tinggalkan tp sem nih aku try tuk ambik...
ermm moga2 ok la...mmg subjek nih dlu mase sekolah lg mmg minat siutt..
tu yang nak try bik ...ok kwan2 yg ambik subjek Arab ni..buat yang terbaek...ok..
n najaha fil Imtihan....Salam...

Monday, November 2, 2009

China...........

P
eranan Sun Yat Sen dalam Revolusi 1911 di negeri China.

Dr. Sun Yat sen yang digelar ?Bapa Revolusi China? dilahirkan pada tahun 1866 di Hsiang Shan iaitu sebuah kampung yang terletak kira-kira 40 batu di Selatan Cantoon. Beliau mendapat pendidikan klasik Kung Fu Tze dari umur 6 tahun hingga 12 tahun. Pada tahun 1879, beliau telah mengikuti abangnya ke Honolulu, Hawaii dan memasuki sekolah mubaligh Anglican. Beliau meneruskan pengajian di Kolej Oahu sehingga tahun 1883. Oleh sebab bimbangkan Sun Yat Sen terpengaruh dengan agama Kristian, abangnya telah menghantar beliau pulang. Dengan pengaruh Kristian yang ada padanya, beliau melarang masyarakat kampungnya menyembah patung kerana tidak memberi apa-apa faedah. Masyarakat tempatan marah, lalu mengambil tindakan mengusir beliau keluar dari kampungnya. Setelah meninggalkan kampungnya, beliau mengambil keputusan melanjutkan pelajaran ke Hong Kong pada tahun 1883 dan belajar di Rumah Diocesan dan kemudiannya berpindah ke Kolej Queen dan memeluk agama Kristian.


Semasa berusia 20 tahun, Sun Yat Sen memasuki Sekolah Perubatan Dochi di Cantoon dan pada tahun 1887 beliau berpindah ke Kolej Perubatan untuk orang-orang China di Hong Kong. Setelah belajar selama 5 tahun, beliau lulus dengan tempat pertama dalam kelasnya dan menjadi doktor di Macao dan kemudiannya berpindah ke Cantoon.


Ketika menuntut di Kolej Perbatan Hong Kong, beliau memperlihatkan kecenderungan ke arah perkembangan politik moden terutamanya mengenai nasionalisme, demokrasi cara Amerika dan sejarah revolusinya. Keadaan politik di Hawaii dan Hong Kong telah mempengaruhi beliau. Perbezaan yang begitu menonjol antara China dengan Hong Kong dan Hawaii benar-benar mempengaruhinya untuk menggulingkan sistem monarki dan menubuhkan kerajaan yang bercorak republik di China.


Dalam usaha mengadakan revolusi, Dr. Sun Yat Sen berpendapat sokongan orang-orang Cina seberang laut amatlah penting. Justeru itu, pada 24 November 1894, beliau belayar ke Honolulu dan dengan bantuan abangnya, beliau telah menubuhkan ?Hsiung Chung Hui?/?Persatuan Memulihkan Negara China? dengan keahliannya seramai 112 orang yang kebanyakannya golongan sarjana. Hal ini merupakan gelaran pertama yang ditubuhkan oleh Dr. Sun Yat Sen dengan slogan perjuangannya ?Singkirkan Orang-orang Manchu, Pulihkan Pemerintahan Orang-orang China dan Tubuhkan Republik?. Hsiung Chung Hui merupakan pertubuhan politik yang pertama ditubuhkan di luar negeri dan mempunyai hubungan dengan cawangan-cawangannya yang ditubuhkan secara sulit di wilayah-wilayah dalam China bagi mencari sokongan dan bantuan untuk menggerakkan revolusi.


Pada tahun penghujung tahun 1894, Sun Yat Sen telah berusaha mewujudkan satu gerakan yang dapat melancarkan revolusi melalui penglibatan kongsi-kongsi gelap di Cantoon, malangnya usaha beliau melalui Hsiung Chung Hui telah gagal kerana kurang sambutan dan kejayaan pihak berkuasa mngesan gerakan mereka. Ekoran daripada itu, beliau terpaksa melarkan diri ke Hong Kong kerana diburu oleh Kerajaan Manchu. Beliau mendapat perlindungan di Jepun.


Di Jepun, beliau menghidupkan Hsiung Chung Hui. Antara tahun 1903 hingga tahun 1904, beliau sering berulang-alik antara Jepun, Hawaii, Amerika dan Eropah. Dalam musim panas tahun 1905, beliau pulang ke Jepun dan bertemu dengan dua orang nasionalis China iaitu Huang Hsung dan Sung Chiao Jen. Dengan galakkan dan sokongan Kerajaan Jepun, Sun Yat Sen dan pengikut-pengikutnya telah berjaya mengumpulkan orang-orang China dari pelbagai golongan di Tokyo pada bulan Ogos 1905. Dalam perjumpaan yang besar ini, Sun Yat Sen telah menubuhkan Tung Meng Hui/Liga Bersatu pada 20 Ogos 1905. Tung Meng Hui merupakan gabungan Hsiung Chung Hui dengan 2 persatuan revolusioner yang lain iaitu Hua Hsiung Hui dan Kung Fu Hui. Tujuan Tung Meng Hui ialah untuk menggulingkan Kerajaan Manchu dan menubuhkan sebuah republik di China.


Cawangan-cawangan Tung Meng Hui telah ditubuhkan di Singapura, Brussels, San Francisco, Honolulu dan bandar-bandar penting di China. Melalui cawangan-cawangan seberang laut, Sun Yat Sen telah memungut dana dan merekrut sukarelawan bagi melaksanakan pemberontakan di China. Tung Meng Hui juga dikembangkan di China khsanya di bahagian China Selatan. Ianya dikembangkan melalui pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap.


Sun Yat Sen telah memainkan peranan penting dalam perkembangan perasaan anti-Manchu di kalangan orang-orang China. Beliau berjuang bersungguh-sungguh untuk menyebarkan perjuangannya di kalangan orang-orang China, khasnya di kalangan mereka yang berada di seberang laut. Beliau berkhutbah pemberontakan nasionalis melalui rencana-rencana akhbar. Beliau telah menerbitkan akhbar sendiri iaitu Ming Pao/The People di Tokyo. Melalui penerbitan ini, idea-idea republik beliau disebarkan. Selain berjaya mengumpulkan dan mempengaruhi orang-orang China yang berada di Jepun, terutamanya para pelajar, beliau juga berkunjung ke merata tempat di dunia khasnya di Amerka dan Eropah. Tujuannya ialah mendapat sokongan moral dan material dari masyarakat China di luar negeri. Kesungguhan beliau telah menghasilkan kejayaan. Beliau berjaya mendapat sokongan moral mereka, khasnya dari segi kewangan. Sokongan tersebut sangat penting bagi membolehkan Tung Meng Hui menjalankan kegiatan pemberontakan di China. Hasil usaha Sun Yat Sen yang bersungguh-sungguh itu menyebarkan Tung Meng Hui begitu popular dan mendapat sambutan dari pelbagai golongan sama ada dalam atau luar negeri. Gerakan revolusioner pimpinan Sun Yat Sen mendapat sokongan pelajar, rakyat China yang tidak puas hati dengan Kerajaan Manchu, ahli-ahli kongsi gelap dan tentera China yang dilatihkan secara Barat.


Ketika Sun Yat Sen berusaha mendapat sokongan di Barat, didapati usaha-usaha menyekat pergerakan beliau diteruskan oleh Kerajaan Manchu. Semasa di London pada tahun 1896, beliau diculik oleh diplomat China dari kedutaan dan berusaha untuk menghantarnya pulang ke China untuk menghadapi tuduhan subversif dan dijatuhkan hukuman mati. Dengan pertolongan London, Dr. Cantlie dan Kementerian Luar British, beliau telah dapat diselamatkan. Peristiwa ini meninggalkan kesan yang penting ke arah mempercepatkan lagi proses perjuangan revolusi kerana akhbar Londin menyiarkan secara besar-besaran.


Perjuangan beliau menjadi lebih berkesan dan menarik sokongan orang-orang China kerana beliau mengemukakan ideologi/prinsip perjuangan. Beliau mengemukakan juga prinsip rakyat/San Min Chui iaitu nasionalisme, demokrasi dan kebajikan rakyat. Ideologi ini telah menyumbangkan kepada perkembangan gerakan revolusioner di China. Tujuannya untuk melaksanakan prinsip-prinsip tersebut.


Di sebalik usaha-usaha menguatkan pertubuhan ini, Dr. Sun Yat Sen tetap menggerakkan Tung Meng Hui ke arah mencetuskan revolusi. Bagi menggerakkan revolusi mulai tahun 1906, beberapa pemberontakan kecil telah berjaya dilancarkan di beberapa tempat dalam wilayah Selatan China. Pemberontakan telah diprojekkan di Jepun. Oleh sebab mendapat protes yang kuat dari Kerajaan China, Jepun tidak dapat membenarkan Dr. Sun Yat Sen dan Tung Meng Hui digerakkan dari Jepun. Oleh itu, pada tahun 1907, Dr. Sun Yat Sen dan sekutunya terpaksan berpindah ke Hanoi bagi meneruskan gerakannya. Pada 11 April 1911, satu gerakan telah diatur bagi melancarkan revolusi tetapi gagal dan menyebabkan 72 orang tokoh revolusioner terkorban. Di antara tahun 1906 hingga tahun 1911, Dr. Sun dan pengikut-pengikutnya telah merancang, mengatur dan mencetuskan hampir sepuluh pemberontakan dan beberapa pembunuhan di China. Pemberontakan yang dianjurkan semuanya gagal dan dapat diatasi oleh Kerajaan Manchu. Namun begitu, ia telah mengakibatkan kemerosotan pengaruh dan kewibawaan Kerajaan Manchu. Pemberontakan Wu Cang pada 10 Oktober 1911 yang dimulakan oleh tentera China hasil pengaruh Tung Meng Hui adalah menandakan permulaan revolusi China. Daerah-daerah lain di bawah pengaruh Tung Meng Hui juga turut memberontak. Hal ini mengakibatkan kejatuhan Kerajaan Manchu dan penubuhan sebuah kerajaan republik di China. Dr. Sun Yat Sen telah dilantik sebagai Presiden Kerajaan Sementara yang ditubuhkan di Nanking.


Dr. Sun telah menubuhkan Parti Kuomintang pada tahun 1912 yang seterusnya menguasai negeri China pada tahu1928.

Sunday, November 1, 2009

Ni mase bergambar ngn keluarga angkat...
memeng syok laa duk umah mereka..
Insyallah jika ada kesempatan nanti nak g lagi Lurah Bilut jmpe ngn mereka.
terima kasih ats segalanya...... dari tepi kiri wani, zura, aku, n dayah
sweet memory...
terima kasih atas segalanya...

ni gambar mase pergi khidmat masyarakat di Lurah Bilut..
memang syok laa....hehee..ktrg pakai sedondong ikut gaya UKM ni
sebab nk berkoir malam tu...
memang best la.....hehehe...bile la agaknye nak g sane lg
jumpe keluarga angkat yang sngt2 baik...